AinMaisarah Menghilang Ke Mana?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akhirnya! Dapat juga Kak Ain masukkan entri terbaru. Huhuhu! Lama Rumah Pink ini senyap-sunyi tanpa berita. Namun ianya bukanlah disengajakan. Kak Ain minta maaf sangat-sangat kepada pengunjung semua.
Sebenarnya, hujung minggu lepas Kak Ain sibuk melayan keluarga dan saudara mara. Adik Kak Ain yang bongsu sudah selamat berkhatan. Jadi Kak Ain adakan kenduri kesyukuran di rumah Kak Ain.
Majlis dijadualkan berlangsung hari Ahad, pukul 2.00 petang. Jemputan yang dijangka hadir adalah sekitar 60 orang. Ish! Ish! Ish! Kak Ain pun seram sejuk nak jadi tuan rumah kepada kenduri berskala besar yang julung-julung kali diadakan di rumah Kak Ain!
Hari Sabtu sepatutnya Kak Ain sudah mula kemas-kemas rumah. Tetapi Cik Abang ajak ke Mid Valley kerana nak menyokong sesi book signing Dear Yayah The Diary oleh Kak Farihah Iskandar.
Di sana juga Kak Ain sempat berjumpa Cik Adik Balqis dan ibunya yang sangat sporting! Ini pertemuan kami yang keempat! =D
Selepas meluangkan masa hampir dua jam di MPH, Kak Ain ke Carrefour pula. Membeli barang serba sedikit bagi keperluan kenduri. Kebetulan Kak Ain pakai baju warna hijau. Rasa tenggelam pula disebalik timbunan sayur-sayuran Carrefour itu! =D
Hari Ahad seperti yang dijanjikan… saudara-mara mula datang tepat pukul 2.30 petang. Alhamdulillah, muat juga rumah Kak Ain menampung semua tetamu. Kak Ain hanya memasak menu mi gulung ~ resepi mak mertuaku yang terchentaaaaa =D Menu makanan lain ditempah dari katering sahaja.
Kak Ain juga sempat bergambar dengan sepupu-sepupu muda yang membaca buku Siri Aku Mahu. Sila lihat di tangan mereka, sudah ada buku berkembar Aku Mahu Ke New York yang baru dua hari keluar dari kilang percetakan.
Hah! Itulah ringkasan cerita Kak Ain sepanjang minggu lepas. Memang padat. Memang penat. Kak Ain mohon maaf sekali lagi kerana senyap tidak memasukkan entri.
Kepada pembeli buku AKU MAHU KE NEW YORK pula, Kak Ain akan masukkan nama-nama senarai buku yang sudah dihantar dan sudah membayar dalam entri seterusnya. Harap bersabar ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
wha bestnya n kak ain bls email saya yerp
ala tomei
owh,k.ain .. adik k.ain khatan.. ptutlah,dh 3 ari x blas2 emel sy psl tempahan novel tuh.. bestnyer k.balqis jmper k.ain.. (wis 2 meet k.ain too!)
Salam Kak Ain, haha seronok pula
baca entri kali ni (;
Kak Ain pun pandai buat mee gulung yea?? Resepi orang Kedah tu.. Cik Abang orang Kedah ke? hehe. Saya pun tau mee gulung, haritu pertandingan memasak di sekolah, saya buat menu mee gulung. Cikgu siap mintak resipi lagi =D
Saya dan Cik Aminah sudah berbisik berkisahkan kehilangan dan kesepian Rumah Pink tanpa entri baru daripada Kak Ain ;P hehe, tup2 keluar entri baru.
Semoga Kak Ain sihat sejahtera dan selamat menguruskan hal novel AMKNY dan penulisan Impiana III.
P/S: Tolong baca emel saya Kak Ain ;(
Salam Kak Ain,
lama juga ternanti-nanti, akhirnya ada entri baru!^_^
semkin ligat jemari Kak Ain menandatangani buku-buku tempahan peminat!=D
exercise jari!=D
Wah,bestnye!Untuk minggu ni ke??Sygnyer sy x dpT prg!!!!
Hari Sabtu tu memang best dapat jumpa dengan Kak Ain 😀
Ingatkan Kak Ain balik lepas tu.
Rupa-rupanya pergi shopping..
Hehehehe…
p/s; Balqis dah baca habis buku AMKNY tu. Semalam dapat hari ni dah habis baca. Hehehehe. Memang awesome laa cerita dia !! =D
syafiqah pon ada..sedare mare k.ain tuu….
haha,hari tu aman ada gak gie MPH Mid Valley utk tgk promosi Komik-M. then aman ada gak nmpak kak ain, klu kaka ain perasan ada sorg mamat baju ijau yg asyik lalu lalang depan kak ain tu, aman la. hahaha.. maafla ek~
neway,juz nak cadangkan…err pasni kak ain tulislah novel utk lelaki lak, ataupun yg universal gender nyer novel. blh gak aman beli.. karya2 kak ain nmpak menarik tapi kerana covernyer yang begitu pinkish dan keperempuanan, aman x jadi nak beli.. err.. (nama pun novel utk pompuan..)
harap2 ada la novel2 utk lelaki gak, genre ala2 seram + fantasi + humor ke..?? boleh yer..
hehe,gud luck kak ain! ^^
cool
hi kak ain.saye x boleh beli buku kak ain ssb nk upsr thn ni.doa kan saye ye.