Kepada Cik Ann, Tuan Roslan dan Tuan Nazrul….
TERIMA KASIH yang tidak terhingga kerana terlalu banyak membantu melicinkan lagi aturcara majlis.
Seperti yang Kak Ain war-warkan sebelum ini, majlis pelancaran buku ke-10 AinMaisarah ini adalah majlis untuk pembaca. Kak Ain mahu majlis yang santai, tidak formal dan mengutamakan pembaca semata-mata. Kak Ain mahu pembaca sendiri yang melancarkannya! Kak Ain mahu penghargaan diberikan kepada para pembaca yang selama ini banyak menyokong Kak Ain.
Oleh itu, tiga orang pembaca telah dipanggil ke pentas. Tiga pembaca ini diminta membuka sepantas mungkin kotak di hadapan mereka. Hanya satu kotak sahaja mengandungi buku ke-10 AinMaisarah iaitu
Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru.
(dari kiri: AinMaisarah, Haida@Hada, Najihah dan Addina)
Akhirnya, Haida@Hada (maaf Kak Ain kurang jelas mendengar namanya kerana suara empunya badan terlalu halus dan lembut ketika memperkenalkan diri!) muncul sebagai pembaca bertuah yang menemui buku ke-10 AinMaisarah di dalam kotak. Haida@Hada juga secara rasminya menjadi pembaca yang melancarkan buku ke-10 AinMaisarah! Tahniah ya kerana dapat hadiah buku percuma!
Selepas pelancaran buku, Cik Abang pula menerangkan tentang konsep baru merealisasikan Sekolah Sri Bangsar. Sebelum ini Sekolah Sri Bangsar hanyalah dalam khayalan dan bayangan kepala Kak Ain ketika tergolek-golek atas katil menulis buku siri Aku Mahu dan Impiana. Tetapi kali ini bayangan sekolah itu seperti sudah direalisasi apabila ada lencana sekolah, lagu rasmi sekolah, buku latihan sekolah dan juga tempat pendaftaran pelajar secara online di www.buletinsribangsar.com
Kak Ain terasa sangat buku-buku Kak Ain jadi hidup. Jadi nyata! Memang teruja!
Haaa…. paling seronok tentunya ketika semua pembaca AinMaisarah diminta berlatih menyanyikan lagu rasmi Sekolah Sri Bangsar. Kasihan mereka! Malu-malu kucing! Tetapi rasanya berbaloi juga kerana kemudiannya diberi hadiah pen comel & buku latihan Sri Bangsar secara percuma.
Cik Abang kata jualan jadi tak terkawal. Macam suasana di kantin sekolah! Semuanya hulur-hulur dan campak-campak duit sesuka hati di atas meja. Asalkan dapat buku AinMaisarah. Asalkan dapat lencana Sri Bangsar! Huh! Memang ganas sungguh pembaca yang hadir.
Kepada pembaca yang tangkas membeli, mereka berjaya mendapatkan paperbag eksklusif AinMaisarah yang terhad 100 beg sahaja. Di atas adalah gambar Ira Hazira, Aimi dan kembarnya juga rakan-rakan sekolah yang datang dari Subang Jaya sedang berposing dengan beg yang berjaya direbut itu. =D Memang masuk kategori tangkas you all semua!
Apabila sudah selesai membeli buku, para pembaca beratur pula untuk berjumpa Kak Ain. Kak Ain mohon maaf sangat-sangat kerana hanya ada masa yang terhad untuk tandatangan buku, bergambar bersama pembaca dan berbual sikit-sikit sahaja.
Kalau ikutkan hati, tentunya Kak Ain nak sembang panjang-panjang dengan anda semua! Tak apa. Tak apa. Kita adakan gathering kali kedua pula. Tunggu…… =D
Terima kasih kepada para pembaca yang sudi beratur lenguh-lenguh lutut. Kak Ain terharu sangat! Rasa nak peluk-peluk semua orang!
Inilah Nathlyn yang membawa semua buku-buku Kak Ain yang sudah dibelinya sebelum ini. Nathlyn juga sanggup membawa buku rakan-rakannya di sekolah. Mereka kirimkan buku tersebut untuk Kak Ain tandatangan. Wah! Baik hati sungguh Nathlyn. Berat nak mengusung semua buku-buku itu ke sana ke mari! Gathering akan datang, harapnya Nathlyn tidak datang keseorangan. Bawa rakan-rakan juga ya!
Ini pula Fatin Farhana. Kak Ain sudah memeriksa nama senarai pelajar berdaftar secara online di Sri Bangsar. Nampaknya Fatin Farhana sudah mendaftarkan diri. Terima kasih ya!
Ini pula pembaca Kak Ain yang sebelum ini Kak Ain kenal daripada e-mel yang dikirimnya sahaja. Namanya Syafika. TQ for coming dear!
Ini seorang lagi pembaca bernama Syafiqah juga. Tetapi ini Kak Ain kenali sebagai Syafiqah Redzuan. Haaa…. mana tak pening kepala Kak Ain nak mengingat! Ada hampir 10 Syafiqah yang datang pada majlis tersebut!
Ini pula gambar Kak Ain bersama Faatihah. Faatihah hingga tiga kali berpindah tempat menunggu mahu mendapatkan tandatangan. Mula-mula beratur dalam dewan. Tetapi apabila jam sudah menunjukkan pukul 2.45 petang, dewan perlu dikosongkan kerana ada event lain yang akan diadakan di situ. Kak Ain berpindah melakukan sesi tandatangan di booth PTS. Terima kasih Faatihah kerana sabar menunggu ya!
Oleh kerana setiap buku yang ditandatangan dituliskan nama pembaca, Kak Ain selalu menyuruh pembaca mengeja nama mereka. Takut tersilap tulis. Takut tersilap eja. Tetapi memang susah Kak Ain nak menangkap suara halus-halus malu para pembaca. Ditambah pula dengan kebisingan dewan. Pada masa hadapan, Kak Ain bercadang nak sediakan tag tanda nama kepada semua pembaca yang datang gathering. Jadi mudah Kak Ain nak mengenali anda semua.
Itulah sahaja gambar yang berada dalam koleksi Kak Ain. Kepada para pembaca yang bergambar dan mahu gambarnya dipaparkan di sini, sila hantarkan kepada
[email protected] ya!
Sebenarnya, pada kebiasaan Cik Abang akan jadi jurukamera Kak Ain ketika acara-acara buku. Namun bagi majlis kali ini, Cik Abang berubah tugas menjadi jurujual di kaunter buku yang diserbu. Jadi gambar-gambar kejadian ketika majlis pelancaran buku tempohari adalah sangat sedikit dan terhad =( Harap maaf ya!
Kepada semua pembaca yang hadir pada majlis tempohari, Kak Ain nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa. Kepada pembaca yang tidak dapat hadir, jangan sedih… jangan bimbang. Kak Ain akan adakan gathering kedua pula. InsyaAllah dalam tahun ini juga.
Bagi pembelian pakej Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru, sila tunggu hingga Kak Ain buka jualan dan buka entri khas pembelian buku ya. Kak Ain akan buka jualan online dalam masa 2-3 hari lagi. Harap bersabar sedikit sahaja lagi ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Salam Kak Ain.
Wah, meriahnya suasana dekat situ.
Moga-moga gathering kali ke-2 buat luar Kuala Lumpur boleh tak?
Bagi peluang dekat peminat luar bandar?
aQMa
Lagi satu, macammana nak beli pakej-pakej buku secara online?
Tolong balas yer.. 😉
saa nak tempah pakej RM30
NAma: Mas Erni Zatty bt MAzlan
Email: [email protected]
bila kak ain nak jual buku secara online??
hi kak ain..
bestnya majlis tu..
tp sy x ley dtg sbb kat kk
kak ain bley wat bln 6 ni x?
bknnyer majlis pelancaran
tp sjer2 nak jmpe2 sntai ker
boley?
kak ain!ya allah! best nya! jeolous tau!lain kali saya nak datang juga!
Kak Ain..
Tak sabar nak beli buku Kak Ain..
kak ian x sabar nak beli buku kak ain secara online…
nie eml dan nama penuh saya
Nama:Nurul Asyiqin Syaza Binti Suhaimi
Emel:[email protected]
Pless kak ain esok lah buka jualan online tuh…esok atau lusa…syiqin tak sabar nak beli buku kak ain…Pless balas…
sorri kak ain silap eja nama kak ain….
saya tak perasan sebab asyik tulis pandang keyboard jerk bukan pandang komputer…
sorri yer…????
kak ain asal x balas komen???
ermmm…saye pun nk order pakej 30 ringgit tau
Nama: Hasanah Najiihah bt Mokhsin
Email:
kak ain saye nak beli yg pakej 30 ringgit tu!….ermmm…kak ain klu leh poskan lah skali ngn profile
6ixth sense.. saye tak force kak ain ye!…skali tu kak ain arie tu my sister ade beli buku remaja@ptsone2008 tu… tp kakak saye(zafirah) x dapat pun masa beli kat i~fest…dapat novel comel tu…yg ops pikat di aidilfitri…kak ain saye nk beli novel comel skli leh?? nk beli yg rahsia koet..tp yg jambul kembang cikgu amnah tuu….dgn the toiletbabes
wah . .
bestnya .
saya kan datang kali kedua nanti .
insyaallah !!!
XDDD
arghhhhhh.
sye x dpt tande tgn + tgkp gmbr ngan kak ain.
ruginya.
coz ramai n ayah nak blik cepat. huhu.
hmm…sedih btol la x dpt ade kat situ…huwaaaaa……..
ha! kak ain laen kli wat la kat PICC,PUTRAJAYA hana stay kt cna
ehheehheeh
ehh ehh???
mcm mana gmbr posing saja2 kiteorg boleh trlps dlm blog kak ain?
alamakkk… ni mesti fadylah kasi eh..
hahhaha..
mekasih kak ain sbb sudi promote wajah kteorg yg x seberapa dlm entri blog kak ain.(perasan)
ehehehe 😛
apapepun, hri tu mmg happening.
ksian cik abang dgn kak anne dn krew lain x ckup tgn dlm sesi jualan.
sy lak potong line.
kuikuikui 😀
huu…kak ain…
saya datang lewat,pukol 1.40…
saya datang tu, tak boleh nak masuk…
ramai sangat orang…
dia orang duduk dekat pulak dengan pintu…
so, saya dan kakak saya pergi beli buku dekat lain ajelah…
ngan kak Nik Nur Madihah pun tak sempat jumpa…
satu lagi kena balik awal,nak kejar masa sebab kena balik terengganu hari tu jugak…
tapi takpelah…
laen kali kalau ada rezeki, boleh buat gathering lagi, kan kak ain?
salam dari fifiey yang sedikit kuciwa(???) tak sangat… huks!
Kak Ain dah buka jualan buku secara online KE???
kalau dah saya nak tempah….
Nama: Mas Erni Zatty Binti Mazlan
Email: [email protected]
Kalau yg dah kerja dapat juga kad hijau tu sudah pasti kak Lita yg dapat Teddy Bear Pink tu huhu
Hello Kak Ain.
Saya Ching Wei.
Thanks a lot Kak Ain because leave a sweet comment at my blog !
Thanks,thanks and THANKS !
Dun worry Kak Ain,I’ll meet u this Saturday or Sunday.
If possible.
See you there !
I read all ur books !
Damn interesting.
And my teacher said tht Kak Ain,u’re a ‘Pensyarah Bahasa Inggeris.’And u’re also a part time writer!
Bangga dengan seorang penulis yang beigtu berjaya !
I HEART You,Kak Ain !
p/s:Thanks a lot coz willing to drop by at my blog !
Kunjung larh selalu !
=)
Sincerely,-ChingWei-
Saya pegi ari Ahad sbb baru smbuh ckit (demam)
sdey xdpt pegi ari sabtu..
xdpt beli merchndise SB
xdpt beramah msra ngan KAK AIN
xdpt buletin …
ari AHAD saye dpt badge ‘aku mahu’ and beli buku tbru KAK AIN ‘Buletin Sri Bangsar Kini Berwajah Baru’
salam kak ain!
been ur silent reader since forever hehehehe XD
tapi kali ni memang seriously terpaksa comment gak. sebab geram dgn dress kak ain tu. beli kat mana?
looks like some sort of lolita fashion..
waaaaaa.. comel.. where’d u get that?
p/s suka la novel2 kak ain. wanna be like u someday~! 😀
KAK AIN,YANG SEKOLAH MENENGAH SRI BANGSAR TU,BLEH TAK KALAU SAYA MASUK?SAYA 10 TAHUN…DAN KENA BAYAR APA2 KE ATAU KENA HADIR MANA2?ITU SAJE…BYE2!!!
assalamualaikum…..
wah!!!!!!!!
best tuuuu
kak ain najihah tu satu sekolah ngan sayer
masa tu saya tanya dier lps tu dier kata dia prnah jumpa kak ain
wahh bestnyer!!!!!
jeles tau
huhuhuhu