Nostalgia Kenangan: Gambar-Gambar Pesta Buku 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pesta Buku Antarabangsa 2009 sudah melabuhkan tirainya. Sepanjang 10 hari Pesta Buku berlangsung, Kak Ain sentiasa cuba meluangkan masa ke PWTC.
Paling lama Kak Ain berada di PWTC bagi memenuhi sesi berjumpa pembaca adalah pada hari Ahad lepas. Kak Ain berada di gerai PTS tepat pukul 2.00 petang dan meminta diri makan tengahari pukul 5.00 petang.
Kak Ain sampai hilang suara bercakap-cakap dengan para pembaca semua. Keadaan bertambah sukar kerana suara Kak Ain sejak azali macam kartun. Kecil dan halus.
Kak Ain mohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan ketika melayan para pembaca semua. Sesungguhnya Kak Ain sangat gembira dapat berjumpa anda semua. Kak Ain juga jadi berkobar-kobar mahu terus menulis sebanyak mungkin, selagi ada permintaan di luar sana.
Okey, harap dapat jamu mata dengan gambar-gambar di bawah. Enjoy the pictures!
Bersama Ching Wei yang kecil molek orangnya dan ibunya yang jelita. Ching Wei juga sudah mendaftar menjadi pelajar Sri Bangsar. Yeay! TQ dear!
Ini satu-satunya gambar penuh AinMaisarah bersama dua pembaca bernama Alyia dan Syafiqah. Dua adik-beradik ini setia menunggu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Terima kasih kerana sudi menemani Kak Ain ya!
Kak Ain bergambar bersama ibu dan anak yang seiras wajah mereka.
Ini gambar Kak Ain bersama pembaca bernama Iman. Comel! Nak peluk-peluk bawa balik! =D
Cik Adik berkaca mata ini juga pembaca buku AinMaisarah. TQ for coming dear!
Alaaa…. cantiknya tudung gaya Eqin yang dipakai oleh pembaca yang seorang ini! Kak Ain teringin sangat nak pakai tudung Eqin… tapi muka tak sesuwai! =(
Dua adik-beradik ini punya mata yang hampir sama dengan mata AinMaisarah. Orang selalu kata mata Kak Ain mata Panda.
Bersama pembaca bertudung putih: AtikahBersama pembaca berbaju kadet: Ain yang comel! =D
Bersama pembaca cilik. Tak silap Kak Ain… umurnya baru 9 tahun!
Bila pandang kamera, sila buka mata besar-besar. Jangan berkelip!
Bersama pembaca berambut perang semulajadi bernama Nik. Wah! Kak Ain sangat admire rambut adik yang seorang ini!
Kak Ain bergambar dengan Cik Adik Iman iaitu salah seorang pembaca terawal Aku Mahu Popular. Iman?? Kenapa tak perkenalkan diri awal-awal?? =( Tak sempat nak sembang panjang-panjang.
Hmm… gambar banyak yang blur… Cik Abang susah nak stabilkan kamera kerana kawasan gerai PTS sangat terhad ruang kosongnya. Penuh sesak dengan pengunjung yang berjuta-juta lemon banyaknya!
Antara wajah-wajah pembaca buku AinMaisarah
Kak Ain mempromosikan buku terbaru iaitu buku ke-10 AinMaisarah bertajuk Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru. Harapnya semua pembaca suka dengan siri terbaru ini ya!
Adik dan kakak, sama-sama jadi pembaca buku AinMaisarah
Ada juga yang belikan buku untuk anak saudara, adik sepupu dan anak jiran tetangga. Baguslah!
Sesi penerangan tentang buletin fizikal yang diberi percuma dengan setiap pembelian buku BSB. Sekiranya mahu membaca buletin online, sila klik www.buletinsribangsar.com
Soalan lazim yang Kak Ain akan tanya: Pernah masuk Rumah Pink AinMaisarah?Jangan lupa klik www.ainmaisarah.com ya!
wah bestnya…..rugi x pi….bila buku ni ade di pasaran ek?
salam kak ain!!
bila akak nak buka jualan secara online??
hari2 saya tunggu..
tak sabar nak dapatkan buku tersebut..
ketika pesta buku berlangsung,saya tidak dapat menghadiri nya..
harap sangat jualan itu di buka secepat mungkin.
thanks~~
Hish..
Seronoknya!
Kak Ain, saya dah tak sabar sangat nak baca buku BSB tu..
Jeles tengok kawan lain yang dah beli buku tu dekat PWTC!
wah best nye
rugi tak pergi hari tu.
hurm…btw tak sabar nak baca your latest book. haha.
kak ain cepat la bukak jualan online tu. weeeeeee…
saya gi tapi saye punye gambar x ade..
it’s ok!
kak aijn,bila nk bk pembelian secara online….hari2 sy tunggu…
pless cpat ckit buka pembelian secara online tuh…
KAK AIN,
Nor Fazryn xamek gmbar ke mse ari SABTU mggu lpas tuh? ~
bestnye die dpat jumpe KAK AIN..
p/s: she’s fren of mine
HUAA!!Sedih sangat sebab x leh pergi..Ayah call beritahu yg die kt PWTC..:(
Sedih sgt sbb xleh ikut ayah p KL mase 2..
rugi !!!
tak datang 🙁
kak ain…setiap 1 buku contohnye buku aku mahu Buli tu kan…kena tmbah 5 ringgit ke untuk pos laju??????saye nak beli sume2 buku tu…hahahhah…kak ain bkk lah cpt skit ye!…owh nie kakak saye tanye…dapat x buku ops pikat di aidilfitri sbb kakak beli buku REMAJA@PTSONE2008???????
betul tu kak ain..
saya pun dah tak sabar nak beli terus dari kak ain..
cepat buka tau kak ain…
Sayang kak ain..
Balqis dah ada dua-dua button yang Kak Ain pakai tu 😉
Satu SB punya, satu lagi Aku Mahu 😉
Assalamualaikum Ain…
Hari tu masa di booth PTS, ternampak Ain, ingin nak tegur tapi tak berkesempatan dan keadaan kalut.
Salam kenal dari kak rose. 🙂
p/s : kagum dengan kejayaan ain sebagai penulis. Semoga terus berjaya.
kak ain da pandai lipat tudung!!!
wink*wink*wink!!
wahh bestnyer!
kak ain, saya nk tanya sebenarnya cermin mata tu kak ain edit kat komputer ke? atau mmg kak ain pakai
nampak macam bukan betol jek
slm kak ain . (:
best gila dpt jmpa kak ain . gmba yg kali kedua kta amik pkai phone hanah x jd 🙁 . nvm . at least ada la jgk rupa gmbanya 🙂
hahahaa.
nyway kak ain . buku tu mg best . (:
kak ain comel ouh 😀
Salam Kak Ain….
thankz coz msukkan gmbr Iman dlm entry Kak AIn…..Thankz a lot….!
WAH!BESTNYE!WAWA TAK LEH GI SEBAB RUMAH JAUH..KAT TANGKAK JOHOR.NAK TAHU TAK SAYE MEMANG MINAT LAGI KAK AIN DARI DARJAH 2!