Kerja Rumah Hujung Minggu: Survei Fesyen
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kak Ain harapkan semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam keadaan sihat dan seronok menikmati cuti hujung minggu kali ini.
Kak Ain sendiri sedang berkemas-kemas beg pakaian dan kelengkapan. Pukul 3.00 pagi nanti InsyaAllah Kak Ain dan Cik Abang akan bertolak balik ke Johor Bahru. Cik Abang memang suka memandu pagi-pagi sebab pakcik polis trafik semuanya sedang berdengkur. Jalanraya pun kosong dan lengang. Jadi bolehlah kami bergerak dengan selesa (laju sebenarnya!) Kali ini Kak Ain balik kerana mahu meraikan harijadi ibunda Kak Ain yang tercinta pada 20 Mei nanti.
Kepada para pengunjung Rumah Pink, doakan Kak Ain dan Cik Abang selamat sepanjang perjalanan ya!
Sementara Kak Ain tiada ni, Kak Ain nak tinggalkan kerja rumah kepada para pengunjung semua. Heheh…. Jangan stress. Jangan berkerut dahi berlipat tiga! Kerja rumah Cikgu AinMaisarah senang sahaja. Kerja rumah kali ini adalah tentang subjek matapelajaran: FESYEN
Seperti Kak Ain beritahu dalam entri sebelum ini, dua buku yang sedang ditulis secara gabung kuasa dengan Kak Lily dan Kak Rose adalah tentang fesyen & diet. Ketika diberi tajuk fesyen, Kak Ain jadi pening kepala. Ini kerana subjek fesyen itu sendiri TERSANGATLAH luas skopnya!
Oleh kerana itu, Kak Ain mahu buat survei fesyen di kalangan para pembaca buku AinMaisarah dahulu. Ini kerana Kak Ain mahu buku fesyen yang keluar nanti menepati citarasa anda semua.
Okey… kerja rumah ini sangat mudah macam makan kacang putih sahaja. Para pengunjung hanya perlu mengundi dan kemudian menerangkan mengapa anda memilih item fesyen itu di bahagian komen nanti.
Sila baca soalan survei dan klik TIGA sahaja item fesyen pilihan hati yang ingin diketahui dengan lebih mendalam.
Baiklah para pelajar Sri Bangsar semua. Sila pastikan kerja rumah ini dapat disiapkan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Cikgu AinMaisarah akan memeriksa status kerja rumah ini dari masa ke semasa walaupun berada di Johor Bahru.
Selamat Menjawab Survei,
AinMaisarah
Okkei Kan Ain,semoga selamat di perjalanan.Yay!first komenter! ;p Oh ya.buku baru ni tajuk dia Aku Mahu Bergaya eh?Saya dah vote! 3 lah,macam yang Kak Ain suro.;p Saya paling nak tahu tentang alat solek.Macam best je.Hehe.Ok,selamat balik kampung!
Balqis pilih baju / cara bersolek dengan aksesori..
Sebenarnyaa kalau boleh Balqis nak pilih semua 😉
Apa-apa pun, semoga selamat pergi yaa Kak Ain, jangan lupa baca doa sebelum bertolak =D
betul cakap balqis…
kalau boleh MeZ pun nak pilih semua
harap kak ain slamat g sana.
abby pilih cara bersolek.
mcam hidayah jgak,sbb mcam best n remaja skang mmg suku besolek
Alyia pilih aksesori, tudung dan cara bersolek.Kalau boleh Alyia nak pilih semuanya kerana semua menepati ciri-ciri kehendak remaja seperti Alyia tetapi apapun pilih 3 ok rasanyanya.
Harap-harap kak Ain selamt sampai ke destinasi yang ditujui dan menyambut hari jadi ibunda tercinta…
nabilah pilih aksesori,cara solek n beg…!nbilah pon rse nk pilih sume..tpi 3 cukup bgi nbilah;)
assalamaualaikum…
saya setuju dgn nurul balqis..
kalau bleh nak pilih semua…
saya pilih cara solek,pemilihan baju dengan aksesori
cara solek:
sebab remaja zaman sekarang suka bersolek tapi taktau mana yang padan dengan baju..
baju and tudung pulak sebab:
kalau boleh kak ain tunjukkan kat remaja2 yang walaupun pakai tudung,pakai baju tutup aurat,kita tetap boleh bergaya bukan macam sesetengah orang cakap gaya tu dah ketinggalan zaman…
tujela..harapnye saya dah buat keje sekolah dengan cemerlang…
sorry..
lupa…
pemilihan aksesori:
remaja kan suka pakai aksesori tapi ada sesetengah yang pakai berlebihan atau tak sesuai langsung dengan pakaian yang dia pakai..so,kak ain bagila tips2 untuk pilih aksesori yang sesuai ..
okay..harap kak ain dan cik abang kak ain selamat sampai ke destinasi dan menyambut birthday bonda kak ain dgn happy..have a nice day..
p/s:sorila sebab ayat tunggang-langgang sikit..hehe
cara bersolek:
sbb solekan yg skarang ni sama aje
kasut:
mana la tau kalau ade kasut yg lebih
canggih =)
beg:
ramai org yg suke pakai beg yg x sesuai dengan keadaan..
(semoga ibunda k.ain sehat n dimurhi rezeki 😉
saya pilih pemilihan baju dan aksesori kerana trend sekarang memang pentingkan kedua-duanya..
kasut pula kerana tak ramai yang tahu cara pemilihan kasut ini..
kadang-kadang x sesuai langsung dengan gaya baju..
semoga kak ain berjaya..
:]
kak ain,bayaran saya buat bank-in….
tapi nanti petang baru pergi.wait ya..
Assalammualaikum,Kak Ain
Saya dah vote!
1.Baju
2.Kasut
3.Beg
Salam Sayang,
Nur Ameera
saya pilih
-baju
-seluar/skirt
-tudung
sbbnya bg saya ni mmg basic punya..
setiap org memilikinya..
(tudung tu sebahagian)
aksesori,beg dn cara solek tak semua memilikinya..
psal kasut..em..tak tahulah..
tp bg saya satu kasut yg boleh dipadankan dgn semua gaya dah memadai..
semoga kak ain slamat….kak ain comel lah …satu tahap je lagi klu nk tanding ngan siti nurhaliza….pakai alat solek M.A.C. ke???kak ain, umur sy 12 tahun…kite minat ngat kak ain sbb kak ain cantik…kite cite-cite nk jadi novelis la nnt…salam kak ain…..
Zackg pilih cara solekan, pemilihan baju dan aksesori…
Pada Zackg tiga benda ni paling penting kerana 3 benda inilah yang menentukan penampilan keseluruhan kita…
Beg, kasut sebenarnya tergolong dalam aksesori juga..bolehlah Kak Ain selit-selit sikit nanti ya?!
Salam Kak Ain,
Hehehe..Farah sudah vote!:D
Yang ketiga,tak silap Farah kasut.Yang kedua dan terfirst,cara bersolek dan baju!:)
Kak Ain,semoga Kak Ain selamat pergi dan balik ya!;)
PS:Kak Ain,Farah ada buat komen lagi satu tai tak tahu ada ke tidak.Maafkan Farah ya Kak Ain!
saya pilih cara bersolek, aksesori dan kasut.ini pun rasa nak pilih semua …
Saya pilih cara bersolek,baju &&&& aksesori.
Sebab,
Cara bersolek:Ramai remaja yg suka mekap.
Baju:Remaja suka baju yg ada trend(:
Aksesori:Remaja kalau pergi berjalan masti pakai aksesori.
Tapi,kalau blh nak vote semua lah(:
vote saya..
1. pemilihan baju
2. pemilihan padanan seluar/skirt
3. pemilihan aksesori
dah siap homework kak ain bagi.. selamat balik kampung!
salaam kak ain.
apa kata kalau kak ain buat aktiviti sempena cuti persekolahan ni ?
contohnya : bengkel fotografi, kem or whatever je lah.
amacam ? oke tak ?
akak akak !
saya lagi suka kalau cerita pasal diet untuk pelajar sekolah .
sebabkan .
kalau pelajar sekolah .
tak semua berasal dari keluarga kaya .
susah untuk dorg ikut pemakanan yang betul .
tambahan pula, masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti .
masa pemakanan pun tak tentu hala .
kadang makan, kadang tidak .
saya harap akak dapat ceritakan pasal diet untuk pelajar sekolah yang sederhana.
akak anggap la mereka ni kena makan ape dah disediakan.
macam mane yg sepatutnya.
lepas tu, kalau mereka ni sibuk. tak kisah la dengan aktiviti sukan ataupun akademik.
harap sangat dapat keluarkan macam tu.
terima kasih.
kalo mimi, mimi plih aksesori, kasut n baju! bukan ape, mimi nk plih jgk makeup tp im too young too amkeup la..hehheee
Ain pilih baju,cara bersolek n baju,….
chaiyok………
Ana dah vote!
Ana suka sangat bidang solekan!
Terutamanya M.A.C!!!