Jumpa AinMaisarah di Pesta Buku Read Malaysia!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini Kak Ain singgah sekejap di Pusat Pameran dan Konvesyen Antarabangsa MINES (MIECC) bersebelahan dengan Mines Wonderland. Buat pengetahuan semua, di sini berlangsungnya Pesta Buku Read Malaysia ’09. Memang besar dewannya dan banyak sungguh buku-buku yang dipamerkan!
Kepada para pengunjung, sebaik sahaja memasuki dewan MIECC…. carilah kain rentang ini:
Di sinilah terletaknya bahagian pameran buku-buku Melayu. PTS menguasai sehingga 12 gerai. Sekiranya mencari buku PTS, jangan ketinggalan datang ke Pesta Buku Read Malaysia ’09 yang berlangsung dari 29 Mei 2009 – 7 Jun 2009.
Kak Ain juga diberitahu oleh pihak PTS bahawa iklan Pesta Buku Read Malaysia ’09 di dalam Berita Harian ada memaparkan wajah Kak Ain. Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ya!
Seperti yang tertera di dalam jadual iklan, inilah butiran sesi bertemu pembaca AinMaisarah:
Tarikh: 5 Jun 2009Hari: JumaatMasa: 5.30 petang – 7.00 malamTempat: Pentas Utama, MIECC
Berikut adalah peta untuk ke Mines Wonderland :
Kak Ain dan Cik Abang sudah merancang mahu mengadakan Gathering Pelajar Sri Bangsaryang pertama di MIECC itu nanti. Jadi datanglah beramai-ramai ya!
InsyaAllah butiran program dan apa yang ingin kita lakukan selama satu setengah jam itu nanti akan Kak Ain beritahu dalam entri seterusnya.
Salam Sayang,
AinMaisarah
Salam Kak Ain,
Kak Ain pergi tadi pukul berapa?
Duhh, imah pergi juga tadi.
Tapi balik pukul 5.
Huuu,
Eeeee…bestnya kak Ain..mungkin saya akan pergi jumpa akak Ain buat kali ketiga tapi tak pasti lagilah…kalau pasti saya akan datang nanti saya bagitahu kak Ain…..Cantiklah gambar kak Ain..nampaknya kak Ain dah famous..hahahaha….=)
Wah! Bestnye..
MeZ mungkin tak ade harapan untuk berjumpa dengan Kak Ain..
sebab MeZ tak pergi mana2 pun cuti ni…
Wah seihnye :((
Kak Ain tangkap gambar banyak2 tau..
MeZ nak tengok sebagai pengganti..
Kalau MeZ boleh pergi MeZ bagitau kak Ain ye. Insyaallah
Salam kak ain,
Doakan dayah free mase tuh… mintak-mintak sgt dayah free sbb sampai pukul 7!!!! =) lagipun ade gathering pelajar sri bangsar.tak boleh lapskan nie!! =D
salam kak ain yg baek,kenapa saya dh register kt ssb,tpi bila saya log in,x boleh,macam mana???saya tension sangat kak ain:(
takde harapan lah saya kak ain. hoho.
wah
teringin nak pergi
kalau ayah saya free, insya-allah sya pergi!
……….. 😉 …………
kalau ayah kasi,saya nak pergi!
Salam Kak Ain,
Insya-Allah..
Err..Pesta tu dah habiskah?Farah takut tak dapat pergi.:(
ala kak ain,
saya balik kempung la..
isnin 8hb baru balik..
🙁
Alamak ! Kak Ain,melepas peluang saya nak pergi gathering tu.
Sepanjang tarikh tu…saya tiada 🙁
Tapi takpelah..masa tu dapat jumpa Kak Ain pun dah cukup baguslah tu.
Doakan perjalanan saya pergi dan balik berjalan dengan lancar,ye!
alah,tak leh pegi.isk…isk…iskk
heyyy!!! kak aIn kak sedara saya ade kate saya nak pegi! kak ain saya nak kad bisnes tau…saya datang n take picture with you…mungkin nak sedara saya ade kowt..nnti k.ain ade ke cabutan bertuah ke…huhuhu…excited glew hahahaha
Wah, Kak Ain ada lagu tema sendiri. Cik Abang yang nyanyikan, ye?
Wah, Kak Ain ada lagu tema sendiri. Cik Abang yang nyanyikan, ye?
Hello, Wafflehour selling Crispy Waffle, Tasty Hotdog, Sweet Corn and any other products. Please come to visit our READ MALAYSIA food corner. Visit our website, wwww.wafflehour.com for more information.
Salam Kak Ain.
Saya nak pergi sangat Gathering Pelajar Sri Bangsar tu!
Tapi, saya tinggal di Terengganu..
Sebelum ni, ada pergi Selangor..
Minta izin dengan mak nak duduk lame sikit kat Selangor…
Tapi mak cakap nanti duduk lame-lame takde yang nak hantar pergi gathering ni…
Sedihhnyyyeeeee…
Fatin
salam kak ain..
sy akn dtg jumpe kak ain..
sy dh byr da pakej RM10+Kos Penghantaran dan Buku tulis BSB..
kak ain,amek template blog kt ne ek?
🙂
This comment has been removed by the author.
sy mmg nak sgt pegi,tp sy blik kampung la pulak..rumah sy ngan the mines x dela jauh sgt,.rumah sy kat Bdr Tasik selatan kat area sungai besi,.hmmm,.terlepas lagi nak jmpe kak Ain,.
Hello, Wafflehour selling Crispy Waffle, Tasty Hotdog, Sweet Corn and any other products. Please come to visit our READ MALAYSIA food corner. Visit our website, wwww.wafflehour.com for more information.
Wah! X sbrnya nk jmpa K.Ain esok!!!
Kak Ain kenapa tak hantar topik pasal hari esok??
Assalamualaikum,Kak Ain,
Err.Farah ada masalah.Farah nak masuk (login)BSB tapi tak boleh.Dia kata username or password is incorrect.Macamana tu Kak Ain?
hmm,,,k.ain,lamanye x tulis entri? quite nmpak?mana k.ain ni….=(