Kisah 1 Syawal di KL
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, Kak Ain baru sahaja selamat sampai di rumah. Seminggu Kak Ain bercuti dan meluangkan masa berhari raya bersama keluarga.
Nak kongsi cerita tentang hari raya Kak Ain, 1 Syawal disambut bersama dengan keluarga mertua. Oleh kerana tahun ini kampung Cik Abang sudah tiada (sila baca di sini dan sini bagi mengetahui sebabnya) jadi kami berhari raya di KL sahaja.
Selepas solat hari raya, kami sekeluarga ke taman rekreasi di Cheras.
Sengaja mencari suasana kampung dan makan pagi raya di pondok berehat yang ala-ala rumah kampung mini ini.
Tambah pula di hadapan pondok tersebut ada sebuah air terjun buatan. Ditemani bunyi pancuran air, memang Kak Ain terasa betul-betul berada di dalam sebuah rumah kampung yang di tepinya ada sungai!
Setelah kenyang makan lemang dan rendang bersama, Cik Abang ajak ke rumah terbuka Perdana Menteri. Ketika itu kami gelak-gelak sahaja. Tetapi tak sangka Cik Abang serius membawa kereta ke Putrajaya. Buat pertama kali, Kak Ain mencipta sejarah menghadiri rumah terbuka Perdana Menteri yang diadakan di Kompleks Seri Perdana.
Sampai di sana, WAAAA…. banyaknya khemah konsep putih & ungu yang dipasang! Terasa bagaikan menghadiri sebuah majlis perkahwinan mega lagi besar-besaran!
Makanan yang disediakan juga pelbagai. Ada nasi beryani dengan lauk-pauk.
Ada lemang yang tentu sekali dihidangkan bersama pelbagai jenis rendang.
Terdapat juga laksa, soto, capati, sate, cendol, mihun sup, aneka kuih-muih dan putu mayam yang boleh didapati di gerai-gerai sepanjang khemah dipasang.
GERAI ANEKA SUP
GERAI LAKSA
GERAI PUTU MAYAM & CAPATI
GERAI ANEKA AIR MINUMAN
Pendek kata, memang macam-macam ada!
Selesai makan, tentu sekali kami mengambil gambar sebagai bukti pernah menghadiri majlis rumah terbuka PM. Nanti Kak Ain nak tunjuk pada anak cucu! =D
Tidak lupa juga, kami bergambar di hadapan Kompleks Seri Perdana sambil menayang air mineral yang dibawa balik sebagai buah tangan. Peringatan kepada semua yang mahu hadir rumah terbuka PM pada tahun hadapan, YB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak menyediakan duit raya buat individu dewasa seperti dalam gambar di bawah.
Itu kisah 1 Syawal Kak Ain. Terasa unik kerana pertama kali berhari raya di kota. Pergi rumah terbuka PM pula! Walaubagaimanapun, Kak Ain tetap merasakan berhari raya di kampung lebih meriah dan bermakna!
Di mana pula para pembaca Rumah Pink AinMaisarah berhari raya?
Salam Syawal,
AinMaisarah
besh nyer..
manyak maknan lorh…
sedap2 semuanyer…
Aqilah,
Dah start sekolah?
hmm .
hee !
rindu sangat kat blog kak Ain ini ,
hee !
Raya hana meriah la jugak .
hee !
Duit Raya ?
huh ! sikit nyer .
makin besar makin sikit kan .
hee !
Kak Ain nak bagi sikit ke duit raya tuu ?
hee !
hee !
Selamat Hari Raya !
p/s : lupa nak wish .
wah!
saya stiap tahun beraya kat KL/Selangor je..
saudare mara berhijrah ke ibu kota..
1 Syawal dapat duit RM 148.. BEST sngat..
ps: tapi tak pergi rumah terbuka PM
Bestnya!
Macam-macam ada!
Teringin Aim menghadiri Majlis Terbuka, PM! 😀
Balik kampung kat UK .
Haha, manede laa. Kat Klang dengan Penang. Bestt sbb boleh berjalan jauh sikit ;p Rumah Alya kt Sungai Petani.
besh nyer…dpt byk makanan…uhuu….fulus raya ta0n ny sket jer….sbnrnyer sye nk bg kad raya kt kak.ain tp x sempat…siannyer…teringin nk dpt kad raya dri kak.ain..arap2 ta0n depan bley bgi kad raya kat kak.ain…….
P/S:happy eid day to kak ain!!
Salam Kak Ain :]
Selamat Hari Raya buat Kak Ain!
😀
Bestnya!Kak Ain pergi ke tempat yang ala ala kampung gitu.Hehe.
Farah beraya kat KL ngan N.Sembilan (:
Jom ke blog Farah bagi mengetahui kisah selanjutnya ! 😀
http://jomhebohblog.blogspot.com
Salam Kak Ain,
Selamat Hari Raya!
Saya beraya di Kuala Selangor dari raya pertama hingga raya ketiga. Kuala Selangor kampung belah ayah, dekat dgn kampung belah mak, Sabak Bernam. Sempat la singgah Sabak Bernam masa raya kedua!! =D
Teringin jugak nak pergi Rumah Terbuka PM tu…Bukan apa, nak tgk makanan-makanannya je! Huhu..=D
Salam Kak Ain,
Selamat Hari Raya. Kak Ain ada dapat tak kad raya yang saya bagi?? Saya beraya kat Johor dari raya pertama sampai raya ke 7. lame kan?? hehe klu kak ain nak tahu kisah nye, datang lah blog saya.
http://princessyanie96.blogspot.com
Salam Kak Ain,
Wah! Banyaknya makanan! =D
Hehe..
Saya beraya di Taiping dan Lenggong.
Kedua-duanya di Perak. =)
Best sangat! Dapat berjumpa dengan saudara-mara. ^.^
Selamat Hari Raya, Kak Ain!
Maaf Zahir dan Batin!
=3
Salam Kak Ain….
Kampung cik abg kat Kuala kangsar kat mana??napa kak Ain tak singgah rumah??
sye raye kat kampung ayah kat muar,johor…
Assalamualaikum,
Salam lebaran dan moga di murahkan rezeki dan di panjangkan umur untuk bertemu Ramadan 2010.
oh . sy suke sgt dgr kisah2 dr kak ain . ntah nape . cam best je !
Selamat Hari Raya Kak Ain Maisarah ! (ucapan limited edition hanya untuk AIN MAISARAH) cehh . haha
btw , mimi punye birthday 23 09 95 . so dah lepas . harap kak ain boleh wish kat sini
hehe . bukan ape . nak dpt jugak limited edition wish from kak ain . cehh . hehee
i hope u will always happy !
slamat ari raya, kak ain!
jgn mkn kuih raya bebanyak, nanti jadi gem0k pulak. heheh… tak comel laa kak ain nanti.
maaf zahir batin…