Perubahan Imej AinMaisarah di Rumah Pink
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kak Ain mengharapkan semua pengunjung Rumah Pink berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Kak Ain pula sihat dan baik-baik sahaja. Walaupun tidak memasukkan entri di blog, Kak Ain rasa semua para pembaca sudah tahu perkembangan Kak Ain di Facebook. Alhamdulillah, sudah ada 1434 orang pembaca yang berkumpul di sana (setakat pukul 3.45 petang, 221209)
Pada entri kali ini juga, setelah berbincang lama dengan Cik Abang… kami sepakat mengambil keputusan. Sudah sampai masanya satu perubahan dibuat di laman web Rumah Pink ini. Apakah perubahan itu?
Jeng… jeng… jeng…
Perubahannya adalah… mulai entri ini dan mulai detik ini, Kak Ain TIDAK akan memakai lagi spek mata hitam PRADA yang dulunya begitu sinonim dengan imej AinMaisarah di Rumah Pink.
Bye-bye spek kesayangan. Ianya akan tersimpan dalam sejarah dan lipatan kenangan =(
Keputusan ini perlu diambil kerana selepas ini blog Rumah Pink AinMaisarah akan memaparkan entri blog yang diberi label:
1. Projek Fesyen AinMaisarah
2. Projek Diet AinMaisarah
Ianya selaras dengan dua buah buku yang akan terbit hujung Disember ini tulisan bersama novelis terkemuka Kak Lily Haslina Nasir dan Kak Rose Harissa.
Dalam Projek Fesyen AinMaisarah nanti, selain berfesyen dan bercerita tentang aksesori… Kak Ain juga akan tunjukkan beberapa tips make over. Ada beberapa solekan pada mata yang boleh membuatkan penampilan tampak berbeza.
Jadi sebagai orang yang menjalani ujikaji fesyen, mata Kak Ain perlu ditunjukkan. Maka tidak bolehlah Kak Ain menggunakan imej cermin mata PRADA lagi.
Banyak sangat tips menarik yang akan Kak Ain kongsikan bersama dalam buku fesyen tersebut. Buku Projek Diet pula memuatkan cara-cara Kak Ain berdiet. Kak Ain kononnya nak ikut gaya Beyonce yang berdiet dengan jus lemon.
Kak Ain juga cuba-cuba bersenam untuk menguruskan badan.
Heheh… sesungguhnya macam-macam eksperimen yang AinMaisarah perlu lakukan untuk menjayakan Projek Diet AinMaisarah dan Projek Fesyen AinMaisarah!
Banyak elemen kelakar dan mencuit hati dan Kak Ain berharap dua buku siri terbaru ini akan berjaya menambat hati pembaca semua!
Tunggu kemunculannya di penghujung Disember 2009 ini ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
salam kak ain.
wah, syukur dapat meng-komen yang pertama. kak ain, jika ada masa, kunjungilah blog saya. http://ihdini.blogspot.com
assalammualaikum
owh bestnyerr kak ain akan jadi bertambah kiut laa nnti..huuhu
sya x sabar nk tunggu…
kak ain comeiii
~farah hanum`
p/s:komentar yg keduaa =)
salam kak ain..wah,x sabar nak tunggu buku2 tu keluar..:D:D:D:D:D..x sabar jugak nak tengok muka kak ain tanpa spek PRADA tu..Mesti comey kan???:)
tak sabar nak tunggu
Kak Ain xsabar rasanye nak tgk kak AIN buku Kak Ain….
wahh…
nnti sye bli ek
lpas 2 sye promote pd k’kwan sye tau
haha
akak dtglh blog sye ple,
http://ain-girl96.blogspot.com
yess !
memang itu yang saya nantikann 😀
buku terbaruu darii kak ain 😉
can’t wait 4 the books…
kak ain memang cantik kalau ta pakai cermin mata tu…
kalau ada masa lawatlah blog saya..
http://lollimoon-light.blogspot.com
Salam Kak Ain…
Dah lama Kak Ain tak update blog Kak Ain ni. Wohha, cun la Kak Ain tak pakai cermin tu…
Salam Kak Ain!
Akhirnya kak Ain nak ambik keputusan membuka cermin amta kesayangan kak Ain itu iaitu PRADA!
Tahniah dan jangan sedih2 ats kehilangan cermin mata PRADA kak Ain yer!
;p
new book..
yes..
x sabar nk tunggu dan baca..
x sbar nk tnggu buku baru!!!!
salam kak ain =D
wah! buku baru ^^
Taksabarnya nak bca.
Hehe
Sekali dengan Buku Perang Rumah Sukan. =)
震動環,潤滑液,情趣禮物,情趣玩具,威而柔,精油,逼真按摩棒,數位按摩棒,
情人節禮物,情人趣味用品珠,情人趣味用品
情人趣味用品愛蜜莉,情人趣味用品液
情人趣味用品轉,情人趣味用品娃,
G點,按摩棒,轉珠按摩棒,變頻跳蛋,跳蛋,無線跳蛋,
飛機杯,男用強精長軟質套,男用強精短軟質套,充氣娃娃性感內褲,
自慰套,自慰套,情趣娃娃,自慰器,電動自慰器,充氣娃娃,
情趣內褲,丁字褲,SM,情趣,情趣用品,巴黎,
Kak Ain!
Waduh waduh… lama tunggu novel Kak Ain, baru nak keluar. Riha tunggu ni!
p/s: Riha pun sudah ikut jejak langkah Kak Ain menuju bidang penulisan PTS. =D Yay! Sukanya! Tahun depan pesta buku boleh jumpa lagi sebagai ‘rakan penulis’, bukan lagi ‘pembaca penulis’. Alamak, syoknya!
*Riha*
kak ain ! bagus la tak pkai spek ! cute ckit ! eh bkn , KIUUT SGT ! and kak ain nmpk kurus ar dlm gmbr tu ! comey sgt2 !
btw~ jom la ke blog sy
HERE
kak ain comel…..
kak ain comel dan lawaa laaa…. sye suka akk ! akk, followlah blog saya :
http://mizzasyikin.blogspot.com
sye mmg tgh kumpul buku akk !
hai kak ain !! saya dah baca buku projek fesyen kak ain .. kadang-kala apabila ibu tiada style tudung untuk dipakai , saya akan tunjuk buku cerita kak ain kepada ibu .. ibu juga memilih salah satu fashion tudung yang diperagakan oleh kak ain ……. TRIMAS kak ain … saya nak bermimpi seperti Hanness juga … saya harap saya dapat mimpi kak ain .. ttapi , saya tak mahu mimpi cartoon yg pelik2 ! MAY GOD BLESS YOU kak ain maisarah 😀 !!
tak saba nk beli projek fesyen ain maisarah… projek diet dah ada… BEST!!! saye bgi 1000000000000000 utk buku kak ain!
wow,kak ain bertambah seri dah tau,hehe