Laporan Rumusan Pesta Buku 2010: Bhg 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini akhirnya Kak Ain punya masa terluang untuk mengarang entri yang panjang-panjang. Ianya tentulah laporan tertangguh berkaitan Pesta Buku 2010. Kak Ain buat laporan ala-ala rumusan sepanjang 10 hari Kak Ain berkampung di PWTC. Panjang betul yang Kak Ain mahu ceritakan dan kongsikan bersama.
Hmm.. harap-harap tiada pengunjung blog yang tertidur pula ketika membacanya ya! ;D
1) Misi utama menyertai Pesta Buku 2010
Sepertimana semua sedia maklum, Pesta Buku bermula 19 Mac 2010 dan berakhir 28 Mac 2010. Pesta buku tahun ini, Kak Ain menyewa dua gerai. Satu gerai sewanya RM4800. Jadi jumlah sewa yang perlu dibayar adalah RM9800. Hampir RM10,000 jumlah duit dari poket sendiri yang perlu dikeluarkan bagi membolehkan Kak Ain mempunyai gerai sendiri ketika Pesta Buku. Ianya satu pelaburan yang dilakukan demi mencapai dua misi penting:
a) Memperkenalkan branding jenama AinMaisarah dan produk-produk yang dihasilkan.
b) Bertemu seramai mungkin pembaca buku AinMaisarah dan bertentang mata supaya lebih mesra =D
2) Persiapan Pesta Buku 2010
Sebenarnya dua minggu sebelum Pesta Buku, Kak Ain sudah berdebar semacam. Berdebar kerana banyak kerja-kerja belum dilunaskan. Berdebar memikirkan sambutan pembaca. Berdebar kerana terlalu banyak minum kopi semata-mata mahu berjaga malam. Waktu itu, hanya Cik Abang yang tahu betapa takutnya Kak Ain mahu memulakan langkah pertama membuka gerai sendiri ketika Pesta Buku di PWTC.
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah menempah merchandise The Wannababes. Tahun ini Kak Ain dan Cik Abang hanya dapat menyiapkan keychain The Wannababes dan button badge The Wannababes.
Ramai sangat suka keychain Fasha. Paling kurang disukai adalah keychain Fazura. Isk! Tak baiklah pilih kasih! ;D
Kak Ain juga berhempas-pulas menyiapkan Profile The Wannababes. Ilustrasinya daripada Kartunis Ubi. Isi kandungannya pula oleh Kak Ain sendiri. Mujur profile ini sempat siap mengikut masa walaupun direncana pada minggu terakhir sebelum Pesta Buku.
InsyaAllah, tahun depan kami mahu tambah beberapa item lagi dalam senarai merchandise. Antara yang sudah ada dalam perancangan adalah tuala The Wannababes, topi The Wannababes dan beg sekolah yang stylo… juga jenama The Wannababes.
Dalam kepala Kak Ain sudah membayangkan dan berangan-angan The Wannababes ada beg yang ala-ala beg merah ini.
Tetapi mestilah mempunyai logo The Wannababes. Haaa… cantik tak?
Kak Ain harap sangat dapat siapkan semua ini untuk Pesta Buku 2011 pada tahun hadapan. Doakan Kak Ain dapat buku gerai lagi pada Pesta Buku 2011 ya! Tahun 2011 nanti tentu lebih seronok, lebih banyak merchandise dan harapnya lebih banyak buku yang menanti pembaca semua!
3) Debaran menanti buku-buku baru
Selain menyiapkan merchandise, Kak Ain juga asyik berulang-alik ke kilang cetak bagi memastikan dua buku baru sempat disiapkan sempena Pesta Buku 2010. Dua buku itu adalah:
‘Aku Mahu Superbibik’ tulisan bersama Kak Izanor Sharif & ‘Projek Diet AinMaisarah’ tulisan bersama Kak Rose Harissa.
Dua buku ini adalah buku yang ditunggu-tunggu oleh para pembaca. Jadi Kak Ain mesti pastikan ianya siap ketika Pesta Buku… walau dengan apa cara sekalipun! (hehehe… macam tagline Syarikat Impiana, kan?)
Itu sebabnya Kak Ain sanggup berkampung di kilang cetak bersama Kak Ann ketika hujung minggu, dari pagi sampai petang! Akhirnya, buku ‘Aku Mahu Superbibik’ berjaya disiapkan dan diambil pada hari Khamis (sehari sebelum bermula Pesta Buku) manakala buku ‘Projek Diet AinMaisarah’ pula siap pada hari Sabtu (hari kedua Pesta Buku)
Alhamdulillah, dua buku ini menjadi buku best seller yang paling banyak dijual di Kedai Pink AinMaisarah. Buku ‘Aku Mahu Superbibik’ juga menjadi buku remaja yang paling laris dijual di Gerai PTS. Fuh…. terasa berbaloi sungguh usaha mengejar kilang percetakan!
4) Cetakan sendiri Impiana III
Selain dua buku baru untuk Pesta Buku, Kak Ain juga mengusahakan mencetak sendiri manuskrip Impiana III. Sememangnya Impiana III adalah buku siri terakhir yang menceritakan tentang kisah pelajar-pelajar Sri Bangsar di alam dewasa pada ketika karektor berumur 27 tahun. Selepas habis Impiana III, Kak Ain tidak akan menyambung siri ini lagi.
Itu sebabnya Kak Ain mahukan yang terbaik untuk Impiana III. Kak Ain mahu para pembaca merasakan buku Impiana III menyamai expectation Impiana I dan Impiana II. Kak Ain mahu para pembaca mengingati tiga siri Impiana dengan rasa puas hati dan berbaloi menunggu pengakhirannya.
Setelah berbincang, Kak Ain dan Cik Abang mengambil keputusan mencetak dahulu edisi manuskrip asal Impiana III. Kak Ain mahu dapatkan respons dan maklumbalas para pembaca setia. Kak Ain mahu tahu, adakah pengakhiran sebegitu dapat diterima para pembaca. It is good enough to be the finale of Impiana?
Jadi demi mendapat kepuasan hati maksimum, Kak Ain sanggup keluarkan duit sendiri mencetak Impiana III. Ianya juga bagi tidak menghampakan para pembaca yang sudah tertunggu-tunggu Impiana III sekian lama.
Bagi mencetak manuskrip Impiana III, Kak Ain terpaksa mencari kilang cetak yang sanggup mencetak buku ini dalam masa 7 hari. Setelah turun naik tangga, jumpa juga dengan sebuah syarikat berdekatan Penjara Pudu yang sanggup mencetak Impiana III. Cuma satu sahaja yang memeningkan kepala. Semua kos percetakan mesti dibayar tunai. Kalau nak tahu, kos percetakan semua 9 buah novelcomel dan manuskrip Impiana III mencecah RM20,000!
Mujur Cik Abang menenangkan Kak Ain. Katanya ini semua adalah pelaburan masa depan bagi memastikan produk-produk AinMaisarah ada rangkaian barang-barang merchandise. Cik Abang asyik mengulang juga, kita mesti bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Akhirnya Kak Ain akur. Keluarkan RM20,000 untuk membayar kos novelcomel dan cetakan sendiri Impiana III.
Yalah… penulis mesti ikut cakap pengurus kan? Pengurus Kak Ain iaitu Cik Abang memang sentiasa mengingatkan bahawa pelaburan wang, tenaga dan masa adalah penting bagi menaikkan branding AinMaisarah.
Moga-moga usaha Kak Ain ini terbayar dengan peningkatan jualan buku dan memperkenalkan lagi nama AinMaisarah. Amin.
5) Persiapan packaging untuk para pembeli
Bagi persiapan membuka gerai di PWTC, Kak Ain juga perlu memastikan ada packaging yang sesuai untuk para pembeli. Tahun lepas, jika semua ingat lagi… Kak Ain menyediakan paperbag hitam yang ada tandatangan AinMaisarah ketika membuat perasmian buku BSB: Kini Berwajah Baru.
Tahun ini, Kak Ain dan Cik Abang sampai pening-pening kepala memikirkan cara terbaik untuk menyediakan packaging pembeli. Kak Ain tak mahu pembeli yang membeli buku di Kedai Pink AinMaisarah hanya mendapat plastik biasa. Kak Ain mahu ada sesuatu yang istimewa untuk mereka bawa pulang.
Setelah melakukan survei barangan, kami membuat keputusan membeli kotak-kotak comel berwarna merah dan pink ini. Memang comel dan tentu disukai pembaca. Kami membeli 1000 kotak.
Tetapi setelah balik rumah, Cik Abang tak suka pula. Katanya kotak-kotak itu bukan personalized. Tiada keistimewaan kerana tiada bukti kotak itu adalah daripada Kedai Pink AinMaisarah. Kotak sebegitu boleh didapati di kedai-kedai cenderahati lain juga. Ketika itu Kak Ain mengakuinya. Kotak itu tiada brand jenama AinMaisarah. Hanya comel tetapi tiada nilai tambah.
Fikir punya fikir, akhirnya Cik Abang dapat idea untuk membuat kotak sendiri. Kotak edisi terhad The Wannababes. Letakkan lambang The Wannababes dan nama AinMaisarah di bawahnya. Itu akan menjadi kotak yang unik. Tidak boleh didapati di mana-mana kedai lain. Hanya boleh didapati di Kedai Pink AinMaisarah.
Kak Ain suka sangat idea tersebut. Terus kami ke Percetakan Lenang. Minta mereka mencetak kotak tersebut sebanyak 1000. Cik Abang membuat desain kotak menggunakan Photoshop tidak sampai setengah jam. Memang kami terkejar-kejar bagi memastikan kotak-kotak tersebut dapat siap sebelum Pesta Buku!
Haaa… jangan tak tahu, kotak ini perlu dilipat sendiri! Ianya adalah dua kepingan kertas keras yang berasingan. Perlu dilipat dan dibentuk menjadi kotak.
Ini rupanya apabila sudah dilipat:
Oleh kerana itu, semua petugas di Kedai Pink AinMaisarah dikerah melipat kotak ketika waktu senggang. Hehehe… ingat-ingat balik, Kak Ain betul-betul nak tergelak. Kami di Kedai Pink macam buat persiapan majlis perkahwinan yang melipat kotak hantaran! =D
Isk… isk.. iskk… banyak betul kenangan manis ketika pesta buku. Rasa sedih dan sayu pula hati Kak Ain ketika menaip entri ini. Itu belum lagi cerita kisah pasang langsir, kisah menandatangan buku hingga bengkak jari dan perkongsian cerita ibubapa tentang anak-anak mereka yang membaca buku AinMaisarah.
Banyak lagi sebenarnya yang Kak Ain nak ceritakan. Nanti Kak Ain sambung dalam Laporan Rumusan Pesta Buku: Bhg 2 ya!
Tungguuuuuuu …………… =D
Salam Sayang,
AinMaisarah
kak ain ! buku impiana III yg sy beli , ada banyak page kosong . tak syok langsung baca sbb asyik kene selang . sy dapat edisi manuskrip asal sbb beli satu set .
Salam Kak Ain,
Tahniah kerana dapat buka gerai sendiri. 🙂
Buku terbaru Kak Ain semua saya borong. PRS dan JRS beli di MPH. Sedih juga tak dapat beli dari Kak Ain. Suerbibik, Impiana III dan Projek Diet saya dapat beli dari Kak Ain. Rasa berbaloi beli buku Kak Ain. Jalan cerita pon hebat. Teddy bear pon saya dapat. Tapi sedih bila tak dapat set box.:(
Gadget SSB dan novel comel pon saya dapatkan. Button badge dan key chain rumah sukan. Kalau ada peluang nak beli key chain The Wannababes dan button badgenya sekali.
Ulasan Impiana III nanti saya emelkan kepada Kak Ain. Dengan gambar di PWTC.
Harap dapat jumpa lagi tahun depan.
B)
Ilyia,
Kak Ain banyak terima aduan mengenai page kosong tersebut. Tuliskan mukasurat mana yang kosong dan hantarkan kepada [email protected]
Qt Meow,
Gembira Kak Ain apabila Meow rasa berbaloi membaca buku-buku Kak Ain.
Thanks.
AinMaisarah
Seronoknya!
Hehe.
Cantik keychain tu (:
Tak sabar nak tunggu Sambungan Kedua Kak Ain. =D
Harapnya, tahun depan ibu dan ayah akan ke PWTC!
Salam Kak Ain,
Lamanya Kak Ain tak update. 🙂 Hehe.
Masa Fatin pergi PWTC hari tu, Fatin selalu nampak krew-krew Kedai Pink Ain Maisarah sedang melipat kotak-kotak hitam tu. dari jauh lagi Fatin dah tersenyum-senyum sendiri masa tu.
😀
hahaha saya pergi peata buku… best sabgat!!!!
salam kak ain ,
saya sebenarnya nak sangat membaca semua buku al-kisah THE WANNABABES . Tapi , saya cuma beli buku Aku Mahu Popular sahaja . Saya tak tahu pun ada sambungan cerita tersebut . Senang cerita , saya dikira terdesak nak baca buku tersebut . Pada hari pesta tersebut , saya sudah membeli banyak buku dan apabila saya mendapat tahu di blog akak bahawa ada sambungan al-kisah THE WANNABABES . Saya rasa menyesal oleh disebabkan tidak dapat membaca semua cerita THE WANNABABES 🙁 Saya berharap sangat dapat membeli .
salam kak ain !
nape kat pesta buku jual keychain jer..
nape tak jual badge wannnababes!
kawan sy sume bding suruh beli ?
ade jual tak lg?
kak ain , knape buku kak ain skarang dh x de tulis bismillahirrahmanirrahim ? .
buku perang n juara rumah sukan x de pun . saya hrp buku seterunya, kak ain dpt tulis . kerana mugkin lebih baik . (:
Assalamualaikum Kak Ain,
Terharunya bila baca entri ni.Kak Ain begitu bersusah payah demi melayan pembaca dan peminat kak Ain.Thanks Kak Ain.Kitaorang akan sentiasa menyokong Kak Ain.Assalamualaikum 🙂
WOW!
Macam – macam Kak Ain sanggup korbankan demi pembaca Kak Ain.
I LOVE YOU!
Kak Ain, saya sokong gila Kak AAin buat merchandise The Wannababes. Saya janji, say abeli semuanya tapi saya nak bagi satu pendapat. Beg tu kalau boleh tukarlah designya. Macam saya, insya-allah masuk Universiti tahun depan, malulah pakai bag macam tu ke kuliah. Tapi yang penting ada logo The Wannababes.
kak ain,tmbhla cite skit2 kat impiana 3 tuuu…..nnt bln 6 sy nk beli yg baru…yg kak ain da tmbh tuu…
Kami menghargai kesungguhan anda dalam mempromosikan syarikat kami. TERUSKAN USAHA ANDA!
P/S: Fasha dan Amir…..
wah..
kak ain ..
dh maju nmpk
Kak Ain!!! Ruginye.. saya tak pergi pesta buku tahun lepas… Kalau tidak.. boleh beli semua keychain the wannababes.. memang nak pergi pun tapi ayah saya sibuk… mintak-mintak tahun ni Kak Ain ada jual lagi keychain-keychain tu… Insyaallah.. saya akan datang…
Salam Sayang,
sitisyanur
http://sictit.blogspot.com/
salam kak ain,
camne kite nak dptkan keychain and profile the wannababes tu ek? kat mana ada jual?