Program Jelajah Sekolah AinMaisarah Bermula Secara Rasminya!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kak Ain harapkan para pengunjung Rumah Pink AinMaisarah sentiasa sihat, sejahtera dan ceria.
Kak Ain sendiri sihat tetapi sangat sibuk. Hujung-hujung minggu begini, Kak Ain mengambil peluang menyiapkan kerja-kerja rumah. Baju sudah setinggi gunung Everest. Pinggan mangkuk ada satu sinki penuh. Lantai perlu disedut segala habuk.
Itu belum lagi bercerita tentang kerja-kerja menyusun stok buku. Ini kerana sudah dua minggu Program Jelajah Sekolah AinMaisarah berlangsung secara intensif. Maka selama dua minggu lepas, sepanjang hari Isnin hingga Jumaat, Kak Ain berada sepenuh masa di sekolah-sekolah terpilih. Dari pukul 7.00 pagi hingga 4.30 petang. Bila balik ke rumah, penatnya jangan cerita! Rasa nak pengsan sampai nak makan malam pun tak ada selera!
Walaupun penat, sebenarnya Kak Ain betul-betul menghargai peluang mempromosi buku ke sekolah-sekolah. Pengalaman dan perasaannya sama manis dengan pengalaman di Pesta Buku. Kak Ain berpeluang berjumpa dengan para pembaca yang selama ini menyokong Kak Ain.
Kak Ain juga dapat berjumpa pembaca-pembaca istimewa. Di SMK SAAS, beberapa orang pelajar istimewa yang begitu petah berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat adalah antara pembaca setia buku-buku PTS. Mereka bisu dan tidak boleh mendengar.
Tetapi mereka turut membaca buku-buku PTS. Tersentuh betul Kak Ain melihat kesungguhan mereka menambah ilmu dengan membaca buku PTS. Kak Ain yakin adik-adik ini akan berjaya dalam kehidupan!
Selain itu, Kak Ain berkesempatan bertemu dengan para guru yang turut membaca buku AinMaisarah. Bukan setakat para remaja yang membaca buku Kak Ain, rupanya para ibu-ibu turut mengenali watak-watak The Wannababes, Fahrin dan Tengku Affin!
Hehehe… merah pipi Kak Ain menahan segan apabila tahu ada orang dewasa yang membaca buku AinMaisarah!
Paling membuatkan Kak Ain rasa dihargai apabila ada sahaja para pembaca yang menitipkan sesuatu yang istimewa buat Kak Ain sepanjang Kak Ain berada di sekolah mereka. Sewaktu Kak Ain di SMK Gombak Setia, Kak Ain dihidangkan dengan secawan ice blended sedap yang dibuat sendiri oleh Deli dan rakan-rakannya.
Hehehe…. tersengih lebar Kak Ain bila dapat ice blended biru! Rasanya macam slurpee yang dijual di 7 eleven!
Di SMK USJ 4, Kak Ain dapat setin Nescafe yang lemak berkrim disukai ramai =D
Hehehe…. macam tahu-tahu sahaja yang Kak Ain memang hantu kopi! Thank you sayang!
Di SMK Puteri Ampang, Kak Ain dapat sekotak teh krisantimum. Pemberian oleh seorang pembaca bangsa Cina yang sangat comel orangnya. Orangnya berdiri betul-betul di sebelah Kak Ain dalam gambar di bawah. Thank you for the treat and hopefully you will start reading my books yah!
Di SMK Puteri Ampang juga, Kak Ain menerima lukisan AinMaisarah versi kartun. Comel dan Kak Ain suka sangat! =D
Di SMK SAAS pula, Kak Ain dapat nota cinta daripada dua pelajar! =D Cantik dan kreatif sungguh isinya. Berukir-ukir. Thank you dearest!
Sememangnya seronok dapat bertemu dengan para pembaca yang bermacam ragam dan celotehnya. Itulah penyuntik semangat untuk Kak Ain meneruskan Program Jelajah Sekolah yang sangat menuntut kekuatan fizikal dan mental ini.
Walaupun jari-jemari Kak Ain penat menandatangani buku…
Walaupun pipi Kak Ain kebas kerana senyum tak henti-henti apabila bergambar….
Walaupun bahang kepanasan di kantin menyamai suhu dalam bilik sauna…
Walaupun Kak Ain terpaksa bangun seawal 5.00 pagi setiap hari untuk memastikan tidak terlambat memberi ucapan di perhimpunan…
Walaupun Kak Ain perlu bersiap sedia mengadakan bengkel penulisan untuk sekolah-sekolah….
…… semuanya sanggup Kak Ain harungi! Asalkan lebih ramai remaja di luar sana yang mengetahui tentang buku-buku AinMaisarah, buku-buku PTS dan potensi sebenar dalam kerjaya penulisan. Itulah objektif dan misi utama Program Jelajah Sekolah AinMaisarah!
Harapan Kak Ain, semoga program ini mencapai sasarannya iaitu menjelajah ke 40 buah sekolah seluruh Malaysia sepanjang tahun 2010. Semoga Kak Ain diberi kesihatan berpanjangan. Semoga nama penerbitan PTS terus berkembang. Amin!
Doakan Kak Ain ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
Salam Kak Ain,
Tahniah kerana Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah berjaya. Bila nak datang SBU ni? 🙂
salam kak ain =)
bersungguh-sungguh kak ain melawat sekolah-sekolah. saya dah tamat sekolah dah tahun ni. tak sempat tunggu kak ain jelajah sekolah saya dulu. apa kata kak ain jelajah universiti pula? =)
kak ain..
bila nk dtg BTHO?
nak jugak jmpe kak ain
salam…
kak ain.. j0m la dtg sk0la.. smk bukit rangin.. kat kuantan…
nk sgt jmpe kak ain! hrp2 kak ain bley dtg cni… syg kak ain!
salam.. 😉
Semoga dapat berjumpa dengan Kak Ain sekali lagi 🙂
Harap-harap Kak Ain membuka hati ke SMK Taman Kosas 😀
Wah.. Tahniah kerana ia berjalan dengan lancar. Insyaallah Impian kak Ain melawat 40 buah sekolah tu tercapai. Amin. Dan berharap sekolah Mez pun tercalon. =)
Assalamualaikum kak ain..
Saya ni tak pernah jumpa kak ain secara”live” hihihi teringin juga nk bertemu….bila kak ain nak datang Melaka?Saya rasa skola saya pasti tidak terpilih oleh kak ain kerana skola saya di Luar bandar..seidhnye…tapi saya akan tanya cikgu saya untuk mengajak kak ain..boleh kn??hihihi
Semoga kak ain terus berjaya !
will support u ~
Assalamualaikum, Kak Ain. Akak boleh ke buat lawatan ke sekolah rendah? Harap soalan saya dibls.
as salam kak Ain ,
Bersungguh-sungguh Kak Ain melawat sekolah- sekolah .. Bila nak datang SMK SBU ni ?