TIGA SEBAB MENGAPA AINMAISARAH TIDAK KEMASKINI BLOG
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sila jangan klik ke laman web lain.
Ini memang blog AinMaisarah.
Ya! AinMaisarah, penulis novel remaja itu.
Kalau ada yang sudah terlupa…
Inilah muka tembamnya. Oh, berminyak juga.
Dan sedikit terlebih bedak untuk gambar ini =(
Hmmm… mesti ramai yang ragu-ragu.
Betulkah AinMaisarah seorang penulis?
Jika seorang penulis… tentulah rajin menulis di blognya sendiri, kan?
Tapi blog ini teruk sangat senyap sunyinya!
Tarikh terakhir dikemaskini adalah pada 7 Jun 2010.
Sekarang 20 Ogos 2010.
Maknanya…. sudah berapa lama AinMaisarah tidak kemaskini blog?
Haaa… cepat-cepat! Congak dan kira dalam kepala!
Jawapannya ialah… 64 hari.
Tapi… mesti ada sebab kenapa AinMaisarah tidak kemaskini blog selama 64 hari, kan? Ya! Memang ada sebab utama. Tidak syak lagi!
Makanya pagi ini AinMaisarah akan buat kenyataan blog (ala-ala kenyataan akhbar gitu) menerangkan tentang:
TIGA SEBAB MENGAPA AINMAISARAH TIDAK KEMASKINI BLOG:
Sebab (1)
AinMaisarah tersekat dalam penulisan buku Impiana IV.
– I always hate to admit, menulis siri Impiana adalah yang paling susah. Dalam banyak-banyak fail manuskrip yang ada dalam komputer, bila buka sahaja fail siri Impiana… hati Kak Ain mesti rasa berdebar semacam. Entahlah. Macam ada sumpahan. (Serius!) Menulis lima mukasurat. Padam. Menulis tiga plot. Buang. Akhirnya manuskrip tidak siap-siap.
Padahal, bila menulis cerita lain (contohnya manuskrip Aku Mahu Jadi Romeo yang sudah siap 70%) terasa mudah sahaja.
Tetapi dalam banyak-banyak buku juga… semua pembaca AinMaisarah asyik tanya sambungan kisah Impiana. Jadi editor PTS tentulah mengejar Kak Ain dengan hebatnya supaya menyiapkan Impiana cepat-cepat dan menyelesaikan hutang yang sudah dijanjikan. Memang Kak Ain tidak boleh mengelak lagi!
Setiap kali menulis siri Impiana, ia buatkan Kak Ain pening kepala nak mengatur plot karektor yang pelbagai. Bagi manuskrip Impiana IV… ada kisah Fasha, Amir, Farah, Fahrin, Linda, Shasha, Yusri, Ina, Tengku Affin, Fazura, Sazzy, Adam, Diana, Nana, Pai’e, Mimi Monira, Syazel dan Syarikat Impiana.
Bila dikira-kira, ada 18 plot yang perlu digarap dalam satu novel. Huh! Patutlah Kak Ain selalu terasa panas dan berasap kepala bila menulis. Now I know why!
Apabila manuskrip Impiana IV tidak siap-siap, hati Kak Ain memang terasa tidak sedap. Mahu menulis dan mencoret di blog pun rasa bersalah kerana sepatutnya masa menulis itu ditumpukan bagi menyiapkan Impiana IV.
Kini apabila Kak Ain sudah secara rasminya menghantar keseluruhan manuskrip Impiana IV kepada editor PTS pada minggu lepas…. maka Kak Ain tidak rasa bersalah lagi mahu update blog. Kak Ain sudah MERDEKA! Yeay!
Sebab (2)
AinMaisarah sedang dalam proses berpindah rumah yang tidak selesai-selesai.
Memang sejak dari bulan Mei lagi, Kak Ain sibuk dengan hal RUMAH, RUMAH dan RUMAH. Mula-mula pening kepala kerana proses renovation. Lepas itu perlu buat pemilihan kontraktor. Kemudian pergi hampir 20 buah kedai hanya kerana nak cari jubin hot pink yang sesuai (tapi akhirnya tak jumpa juga).
Itu belum lagi cerita kisah cari mangkuk tandas, juling air tengok perabot yang pelbagai dan susah hati sebab langsir masih belum dipasang.
Paling Kak Ain pening sekarang… proses mengemas kotak. Ada kotak-kotak stok buku untuk Program Jelajah Sekolah. Ada kotak dokumen yang perlu diasingkan ikut kategori kepentingannya. Ada juga kotak kain yang isinya perlu dilipat kemas-kemas bagi memudahkan pemakaian seharian Kak Ain dan Cik Abang.
Memang Kak Ain perlu bantuan Superbibik! Terasa bercelaru kepala nak menulis di blog, jika kotak-kotak depan mata belum diselesaikan mengemasnya!
Hingga saat entri ini ditulis pun, kotak-kotak masih berlambak. Namun Kak Ain pejamkan mata sahaja kerana jika diikutkan kerja rumah yang tidak habis-habis ini… tentu sampai tahun 2011 pun blog AinMaisarah tidak akan dimasukkan dengan entri baru!
Rumahku memang syurgaku. Tetapi blog ini juga dipanggil Rumah Pink AinMaisarah. Ianya medium komunikasi Kak Ain dengan para pembaca (… selain di halaman Facebook ya)
Jadi InsyaAllah, selepas ini… walau macam mana sibuk pun Kak Ain dengan urusan rumah, Kak Ain tidak akan lupa dengan ‘rumah online’ ini juga ;D
Sebab (3)
AinMaisarah pergi bercuti tiga minggu tanpa capaian internet
Ini adalah sebab terakhir mengapa Kak Ain sudah lama tidak masukkan entri dalam blog ini. Sebenarnya pada 7 Julai hingga 28 Julai 2010 yang lepas, Kak Ain dan Cik Abang pergi bercuti. Cuti tiga minggu itu boleh diklasifikasikan sebagai ~ a very long awaited holiday.
Sepanjang tiga tahun jadi penulis, Kak Ain tidak pernah bercuti sehingga tiga minggu. Cik Abang pun sama… dia seorang businessman dan asyik sibuk menguruskan perniagaan.
Jadi apabila business partner Cik Abang di UK yang sudah 10 tahun berkenalan iaitu Brother Asif menjemput menghadiri perkahwinannya di Birmingham… Cik Abang terus merancang supaya kami boleh ke sana dan bercuti juga.
Rancang punya rancang, kami pun memulakan percutian tiga minggu ke empat buah lokasi.
LONDON
PARIS
DUBAI
SINGAPURA
Sepanjang tiga minggu bercuti itu juga, Kak Ain tidak ada capaian internet. Nak pakai CELCOM 3G… nanti bil telefon melambung naik. Jika di hotel pun, kos internet tersangatlah mahalnya. Ketika itu, kami hanya dapat capaian internet apabila berkunjung ke rumah Brother Asif ataupun apabila pergi ke Starbucks Cafe.
Oh, memang stress!
Kak Ain sememangnya mengumpul banyak cerita menarik sepanjang percutian tersebut. Nak kongsi tips cara-cara packing baju, di mana mencari tempat makanan halal (terutama di Paris) dan menyenaraikan pusat tarikan pelancong yang mesti dilawati serta kosnya sekali.
InsyaAllah Kak Ain akan kongsikan segalanyanya dalam Rumah Pink AinMaisarah ini. Rumah Pink yang tidak akan Kak Ain biarkan sepi lagi!
Okeylah, setakat ini dahulu kenyataan blog serta penjelasan AinMaisarah. Harapnya semua menerima alasan… ops… penjelasan Kak Ain ya! ;D
Dan harapnya belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua =D
Salam Sayang,
AinMaisarah
Woahh , :O Syoknya pergi bercuti :DD
Btw , kak ain ada online facebook , so nevermind lah . hehe :))
Itulah, kita memang sentiasa mengejar dan dikejar masa! 😀 Selamat untuk perjalanan masa yang seterusnya. Semoga Ain dan Amal sihat selalu.
*Gambar yang di Dubai itu nampak seakan ditampal. Seolah Ain berdiri di hadapan latar studio. Tetapi, sudah tentu itu situasi yang benar. Mesti seronok pengalaman memijak pasir yang halus lagi mulus ^_^
Kak Ain, betulkah Aku Mahu…Ain Maisarah hanya ada dekat kedai buku Popular?
Saya tak sempat nak pergilah.. =(
Impiana III bila nak keluar? Kawan-kawan saya dah ramai tanya.
Masing-masing nak tau sambungan Impiana II. Hari tu, time Pesta Buku 2010, tak sempat beli. Cuma sempat beli Aku Mahu Superbibik saja. (Ops, panjangnya komen!)
:O
wooo ~ bestnya holiday ^o^
Selamat berpuasa untuk Kak Ain jugak ^_^
A’a Kak Ain , tak jumpa pun Impiana III . Kat mana ya dijual ?
p/s : Kak Ain , why don’t you put the tips in your novel ? Mesti menarik !!! *cadangan semata-mata -_-“
Wahh…
Comel2 belaka gambar Kak Ain di luar negara..terutamanya di paris dan dubai…=)
Alasan @ Sebab @ Penjelasan Kak Ain tu memang boleh diterima sangat2!Lagipun,x sabar nak tunggu Impian IV…
BTW,
u are too cute..:)
Bila melancong ke luar negara nanti dapatkan ilham untuk terus menulis.
Tak sabar nak dapatkan IMPIANA !
Insya-ALLAH .
kakak ai best nya dapat bercuti
kain nak tanya ni mahal x aku mahu ain maisarah dengan impiana saye teringin nak beli tapi mak saye je x bagi
salam kak ain ,
saya nak tanya bila sebenarnya impiana 3 akan dikeluarkan di kedai buku ? novel sebenarnya bukan manuskrip. harap kak ain beritahu di rumah pink ini.
Wah Kak Ain, best betul yerk cuti ke sana sini…
salam kak ain!
kak ainnnnnnnn! sebenar benar benarnyaa, impiana 3 dh keluar ke belummmmm? tgk tgk, skrg kak ain nk buat impiana 4 pulak?
BALAS YEA KAK AIN! SAYA TUNGGGUUUU! 🙂
kak ain bila buku impiana 3 nak keluar??? saya dah baca buku impiana 1 & 2 dan tertunggu bila impiana 3 nak keluar…..harapnya buku impian 3 cepatlah keluar ye…..(jgn marah ye kalau saya suruh kak ain keluarkan buku impiana 3 dgn cepat ..)
wahh, patut lah selama ni rumah pink senyap sepi. risau juga takut2 ape2 berlaku pada kak ain..tp alhamdulillah, rupanya kak ain sihat. oh, jalan2 ye..haha
*gembira dapat baca entry kak ain semula !
apasal novel impiana 1 & 2 ceta dia sma ja..ending utk impiana 2 pun xde..
Syoknye kak ain..mcm mimpi sy tengok..kak ain pergi ini bila???tidak ckp pun….
This comment has been removed by the author.
bestnyerr.