Blog VS Facebook
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Doa Kak Ain, semoga semua pengunjung berada dalam lindungan dan rahmatNya.Aduhai! Punyalah lama tidak buka blog, hingga sekejap tadi Kak Ain panik berpeluh-peluh dahi sebab terlupa kata laluan untuk blog sendiri! Huh! Kalaulah ada ~Anugerah Blog Paling Berhantu (ditinggalkan tanpa entri baru)~… pasti Kak Ain boleh menang besar tanpa perlu bertanding dengan sesiapa!
Buat semua pengunjung blog yang masih setia menjenguk, terima kasih Kak Ain ucapkan. Buat yang bertanya ke mana menghilang, sebenarnya Kak Ain hampir setiap hari memasukkan perkembangan terkini di laman Facebook rasmi AinMaisarah Novelis.
Haa…. pastikan semua menyokong akaun Facebook yang betul-betul dikendalikan oleh Kak Ain ya! Jangan pula tekan ‘like’ pada akaun-akaun yang klon atau palsu. Ini salah satu contoh FB palsu AinMaisarah. Kak Ain sendiri tidak tahu siapa yang mengendalikannya. Paling parah, akaun palsu ini mencapai hampir 50,000 like!
Kak Ain paling risau sekiranya akaun palsu ini menyampaikan informasi yang salah tentang AinMaisarah. Kak Ain juga bimbang, penggunaan bahasanya adalah bahasa singkatan dan rojak, padahal Kak Ain sendiri menyarankan pembaca supaya menulis ejaan penuh apabila berkomunikasi di internet.
Jadi kepada semua pembaca… Kak Ain minta bantuan supaya meuar-uarkan kes FB palsu ini. Kepada mereka yang mahu tahu cerita kehidupan Kak Ain, lawatilah Facebook rasmi sahaja ya!
Kita jumpa lagi di Facebook AinMaisarah Novelis! ^_____^
Oh! InsyaAllah, Kak Ain juga sudah berazam mahu memastikan blog ini ada entri baru sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kalau tidak ada entri baru, sila marah Kak Ain ya! Grrrr!
Tetapi marah yang manja-manja ya? Bukan marah yang garang sangat!
Kita jumpa lagi nanti. Doakan Kak Ain selalu!
Salam Sayang,
AinMaisarah
update lah lagi kalau ada masa wahai kak ain XD
update lah lagi kalau ada masa wahai kak ain XD
Heheh… Hanis Maisarah mahu jadi guru disiplin blog Kak Ain ya? Sudah minta entri baru lagi! =)
Oh, jadi sekarang Najla mesti kerap kunjung ke blog kak Ain dan facebook lah ini! 😀 hehe.
Assalamualaikum kak ain. Nampaknya amanah yang kak ain berikan pada pengurus jualan untuk menguruskan pemberian/urusan hadiah kepada Nur Hanis Binti Nor Kamal pemenang kedua pertandingan aku mahu yang tahun lepas tu, masih belum di lunaskan lagi sehingga ke hari ini. Harap maklum ya. Terima kasih.
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
isk isk isk..tidak baik orang itu..kak ain,saya mahu buat page untuk kak ain boleh?sebenarnya sudah buat..hehehe..saya ada hantar emel kat kak ain untuk minta izin buat fanpage..jadi apa jawapan kak ain?
itulah, kak ain. saya pun selalu pergi ke laman web kak ain. tapi, tiada entry baru. saya setia menunggu. akhirnya, ada juga entry baru dari blog Ain Maisarah… 🙂
adeh.. jumpa jugak blog ni..haha
mohon update lagi dan terus update sentiasa..
Kak Ain..berusahalah supaya dapat terus masukkan entry baru!
Ganbatte <3
a’ahlah kak ain.saya pun ‘ter’like facebook tu
Ada promote sikit Novel2 Ain Maisarah kat blog. Harap Ain dapat singgah kat sini –>
http://santanmanis.blogspot.com/2012/11/santan-manis-terkinja-kinja-bersama.html
Salam kenal 🙂
Updatelah sekarang Kak Ain…
Yeye.. Kak AinMaisarah update jugak! ^^ Minat sgt dengan buku Kak AinMaisarah!
Berazam mahu kumpul semua buku akak~ 😀
kunjungan gan,bagi – bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa 🙂
Ada buat promosi sikit pasal novel AIn Maisarah kat sini. hope Ain sudi singgah 🙂 http://santanmanis.blogspot.com/2012/11/santan-manis-terkinja-kinja-bersama.html
salam k.ain ,
macam mana nak beli novel comel k.ain?
q.ain kenapa laman web sekolah sribangsar tak boleh buka, q.ain tukar laman web ker? boleh saya tahu?
Saya suka membaca novel Ain Maisarah!Tetapi bila saya membaca novel Aku Mahu Jadi Novelistar,ada mukasurat yang berulang.Tolong pertimbangkan.~ 😉
Bila nak update lagi kak ain…..
Dah rindu ni…..
Kak ain,boleh tak kak ain update lagi blog kak ain untuk 2017.