Surat ini akan dimasukkan ke dalam IMPIANA III
Assalamualaikum,
Surat ini akan dimasukkan ke dalam novel IMPIANA III. Mimi Monira masih lagi menyimpan dendam kepada The Wannababes walaupun sudah 10 tahun segala kisah buli-membuli itu berlaku. Mimi Monira juga tidak dapat melupakan betapa pedas berapinya sindiran The Wannababes dalam surat meminta maaf itu.
The Wannababes,
Sekolah Menengah Sri Bangsar,
Kuala Lumpur,
14 Mac 2008.Ke hadapan saudari yang mesra dipanggil Mimi Monira Badak Air, merangkap pasangan sehati sefizikal sejiwa, Syazel si Badak Darat.
Apa khabar semenjak dibuang sekolah ini? Pastinya saudari yang comel berlemak bagaikan puding karamel di kantin Sri Bangsar, bertambah-tambah lagi lemak manisnya!
Untuk pengetahuan saudari, saya Diana, mewakili tujuh sekawan The Wannababes yang popular lagi cun melecun ingin menyusun sepuluh jari kami yang runcing ini bagi memohon maaf di atas keterlanjuran kami membuli saudari dengan lagak tentera Zionis yang kejam lagi berkuasa. Diharap saudari dapat memaafkan kami sepanjang tempoh kita bersuai kenal, seterusnya meninggalkan bibit-bibit memori manis sebagai kenang-kenangan.Saudari,
Sepatutnya tiada lagi dendam di hati saudari. Bahkan saudari perlu berterima kasih kepada Puan Hajah Zaiton selaku Pengetua Sri Bangsar kerana telah membuang saudari dari sekolah. Lebih molek sekiranya saudari meraikannya dengan satu majlis kesyukuran kerana semenjak ketiadaan saudari, Sri Bangsar menjadi lebih aman. Hal ini dikukuhkan lagi dengan faktor: BEBAS GEMPA BUMI. Harap saudari maklum.
Di kesempatan ini, The Wannababes juga ingin melahirkan ucapan terima kasih dari sudut sanubari kami yang tulus ini di atas jasa saudari memalukan sekolah. Kami ahli The Wannababes secara tidak langsung telah dipuji dan dijadikan contoh terulung di Sri Bangsar. Pengetua telah menyentuh tentang keprihatinan dan keikhlasan hati budi kami terhadap saudari. Sebagai contoh, di mana insiden saudari jatuh menimpa saya. The Wannababes telah memberikan layanan dan urutan setaraf tukang urut profesional di Bali kepada saudari. Namun sebagai balasan, nama Sri Bangsar telah dicemari. Alangkah terkutuknya perbuatan tersebut!Oh, ya saudari! Dalam warkah penuh keinsafan ini juga, The Wannababes dengan dukacitanya ingin memaklumkan keadaan Syazel si Badak Darat. Dia nampaknya seperti meratapi kehilangan si Badak Air peliharaan yang dulu jadi pujaan. Namun, berkat kejujuran usaha kami, The Wannababes telah menyedarkannya dari lamunan yang panjang bahawa semenjak pemergian saudari, kehidupannya sudah terlepas dari bala yang memang sah datangnya dari pihak saudari. Sesungguhnya kami hanya mengharapkan yang terbaik buat teman-teman kami.
Saudari,
Tanpa membuang masa, saya akhiri tulisan ini meskipun saya sedar saudari pasti hampa kerana terpaksa menamatkan bacaan yang indah ini. Sebelum itu, dengan berbesar hati saya coretkan pesanan The Wannababes buat saudari.
~Ingatlah, jangan biarkan pisang berbuah dua kali di sekolah lain.
Jaga tatasusila sebagai seorang perempuan.
Jadikan The Wannababes sebagai ikutan.
Kata-kata kami tiada keraguan.
Ingat ya, jagalah badan!~Sekian sahaja. Maafkan kami Mimi Monira.
Yang Manis,
Diana The Wannababes.
Hasil karangan : Nor Hazira Binti Hanapi [Pemenang Utama Peraduan AKU MAHU BULI]
wah !!!bertuahnya…kak ain..balqis nak tanya kat kak ain…kak ain dah dapat surat balqis untuk peraduan aku mahu teman tapi mesra ???
Yeah..menang juga akirnya..Heheh
salam k.ain
best r surat tu.
pandai org yg membuatnyer n yang memilihnyer..
emm..akk dh antar ker bk AMTTM?
i-allah ari ni kte pos wang tuk tak bisa memilihmu..
kak ain…nanty kak ain tekan dekat aku mahu buat ulasan…pastu cari nama balqis…balqis ada buat ulasan kat situ…balqis buat ulasan untuk aku mahu teman tapi mesra….nanty kak ain baca laa….
Thanks Kak Ain, sebab betulkan sikit kesalahan Hazira dalam surat tu :]
Salam Balqis,
Kak Ain dah baca semua komen di bahagian ulasan tersebut. Hanya menunggu hari untuk memilih siapa yang akan di”highlight” sebagai entri.
Surat Balqis tu sampai ke PTSOne, Kak Ain tak pegang surat tersebut. Bila tarikh tutup hujung bulan ini barulah PTSOne akan berikan kepada Kak Ain.
ws
AinMaisarah
salam mesra buat kak Ain….. bila buku impiana III nk keluar??? saya dh baca impiana I dan II yang II tue seramlah….
jahatnya the wannabbes.*_*(tak taulah ejaan tu salah)
Salam Kak Ain.Best surat tu.x sbr nk dptkan IMPIANA 3.Bila IMPIANA 3 nk keluar? ^_^
salam k.ain, bila impiana 3 nk kluar? x sab02 r…
ader peraduan ape??? dekat buku ke??
halaman berape?kak ain..nak e-mail boleh?
kak ain nak add kak ain punya facebook boleh???